Nov 20, 2010

Mood Maher Zain

 
Si Botak menjadi pojaan hati ku?????Not my TASTE ok!
                                          Yang ni boleh tahan jugalah

1. Always be There
2. Ya Nabi Salam Alayka
3. Insha Allah
4. palestine Will Be Free
5. Thank you Allah
6. Allahi Allah Kiya Karo
7. The Chosen One
8. BARAKA ALLAHU LAKUMA
9. FOR THE REST OF MY LIFE
10. Hold My Hand
11. Awaken
12. Subhana Allah
13. Open Your Eyes
14. Thank You Allah.

Dua2 pic kat atas tu maher zain..maap la xberkenan di hati sbb dah jadi laki org.Dah nak jadi ayah org dah. So melepaslah hehehe.
Tiba2 pagi ni mood nak layan lagu Maher Zain.Lagu2 yang best sekali.Senang diikuti dan sng nak paham lirik2 lagu ni..Dalam 14 buah lagu di atas.........yg mana jadi pojaan hati Ku??? 8 & 9..sebab tu font besar2 ckit hehehe.Lagu org2 kawin.Hmmmmmm  minat btui 2 lagu tu..insyaallah ada jodoh ada seru ada rezeki kahwin juga nanti.Sama2 doa ye.Ameen...
Lagu InsyaAllah minat gak.Best dgr bila dilanda  mood sedih2 :-( Trus semangat bila dgr lagu tu :-) Rugi gak la sapa2 yg x beli album Maher Zain ni. Sedap gak didengar. Sory Ku xde share dpt komisen apa2 pon promote album ni he3 tapi saja2 nak gtau kengkawan smua best layan lagu2 dia...

 
  Ni cover album Maher zain. Dapatkan di pasaraya yang terdekat. Sila dapatkan yg original sahaja.
                                                                 

Bila ditimpa musibah..

                                                  INNALILAHIWAINNAILAYHIRAJI'UN

Maksudnya: 

Ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik.

Sebagai umat Islam, kita sebagai hamba dan khalifahNya wajib berserah segala2nya kepada Allah swt. Bila ditimpa sesuatu musibah, ujian hidup yang tidak disangka-sangka, kesusahan dan penderitaan yang amat pahit untuk ditempuh, bersama-samalah kita amalkan doa di atas. Mungkin kebanyakan kita mengganggap doa di atas di baca apabila mendengar berita kematian. BUKAN!!!!!Doa ini sesuai dibaca jika kita ditimpa masalah dan musibah..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

P/s: Sesuai juga dibaca apabila putus cinta. InsyaAllah Allah swt akan menggantikan kaum adam (bakal suami) yang baik untuk kita dari yang dulu. InsyaAllah pengganti tersebut amat jauh lebih baik.Ameen... :-)

Nov 19, 2010

Dapat Habuan !!!!!!!

Naik Pentas untuk sekian kali...Alhamdulilah naik pentas jg akhirnya adik ku srg ni..Sory kaklong xp sbb malas hehehe.Teringin gak nk pegi kalau ada cikgu2 yg encem2 kat sekolah dia..tapi kalau 2 org cikgu lelaki kat pentas tu.hmmm kirim salam jelah hehehe.
Orang yang WAJIB pergi tentu sekalilah my mummy.Hmmmmmmm mmg dia lah insan yang wajib pergi ke mana-mana sahaja yang melibatkan anak-anak. Alhamdulilah sebab mak mahu pergi dan diberikan kudrat yang masih kuat untuk berjalan. Abah???Jarang sikit dia nak pergi..bukan apa..Sibuk mcm biasalah.Berbaloi2 jugalah mak pegi sbb dpt tengok anak kesayangan dia naik pentas. Dapt makan free. Itu yg best tu..Anis pula dapat sijil penghargaan sebab dapat 5A. Dapat juga hadiah berupa wang sumbangan sebanyak RM50. Alhamdulilah dapat juga sumbangan tu dari xdapat langsung..Igtkan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir sj hehehe.Mak pergi dgn seorang lagi...Dia teman mak.Selalunya dia jarang nak teman.Tapi mybe dia pikir sekolah anis ada cikgu2 encem dia pon pegi lah hehe.Keje dia mmg xde keje lain..Dia cuma tahu posing je..posing sorang2 pon jadi lah.bajet cun meletoppssssssssssss mcm model lah konon.Tapi dia mmg stok model pon.Kakak dia ni je stok model XXL hehehehe

Nov 11, 2010

Doa Untuk memudahkan Sebarang Urusan

Ya Allah, Tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Selain itu bacalah doa ini juga:

Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir
( Surah al-Qasas ayat 24)


P/S : InsyaAllah amalkan selalu doa-doa di atas, pasti hidup anda berasa tenang walaupun pelbagai ujian dan dugaan datang. Yakin pada Allah swt. Hanya Dia sahaja yang mampu mengubah segala-galanya. AMIN

mOOD Makan2 pulak!!!!!!!

Resepi ini diciplak dari kawan sekolah http://syurahomemade.blogspot.com/
                        
Tgk blog syura nampak terliur je sampai mengidam..Last2 teringin nak makan.So ambil keptusan nak masak juga dgn member2.Seramai 5 orang chef yg tidak bertauliah dan x diiktirafkan mana-mana jabatan.Muka2 chef xdpt disiarkan sbb semua pemalu2 orgnya.Yang tak malu cuma boleh tunjukkan gambar-gambar makanan sahaja..
Makaroni Bakar Syura
Perrgggggggggh sedap je nampak kan??rasa terliur..
Bila 5 chef masak dan berperang di dapur mengikut menu yg syura berikan tu..
Maka 
Jadilah
ini 
Cuba Tengok..Apa perbezaan di atas?Yang mana terliur lagi???
Tapi makaroni 5 chef ini sedap jg
Tambah2 cicah dgn sos cili & mayonis
Makan pula panas2
tapi makaroni ni cpt mengenyangkan
makan 1 slide pun dah kenyang
Terpulang mengikut perut masing2

Selain dari masak makaroni ni..buat juga dessert
Puding koktail yang disediakan oleh Chef Khaty.
Mmg Sedap kalau makan sejuk2
Kuning-kuning tu la pudingnya
Kuahnya yang bersusu di sebelah


p/s: TQ verymuch Chef Aimi sbb sudi bg main masak2 kt umah tok aimi.Nanti tumpang main masak2 lagi..Nak masak ketupat sotong pulak hehehe.
Chef yg terlibat: Syuz,Sal,Aimi,Khaty&Shikin

Mood Bisnes pulak!!!!!!!!!

 Memperkenalkan Air Terjun Paling Kecil ditemui di Malaysia  
INNOVAGE 
Ok x? Walaupun air terjun ni buatan manusia.
Kecil sahaja tapi MENDAMAIKAN
Bayangkan..bayang..Tutup mata
Anda berada di sebuah air terjun
Bunyi airnya yang mendamaikan jiwa
begitu juga Air terjun ini
Air terjun ini SEBAGAI HIASAN BUKAN UTK MANDI2 he3
Boleh letak di dalam rumah,dalam taman, dalam bilik dan bilik mandi jg.
Ada sapa2 yg berminat???
Harganya pun amat berpatutan
Bukan ratus2
Cuma puluh2 sahaja.
RM 45.00 sahaja.
Ini Kotaknya...Xpyh nak bungkus2 balut2 hadiahkan utk sapa2..Just bagi dgn kotak ini sekali.
Sebab Kotaknya pun dah cantik
Siap ada pemegang di atasnya.
Sapa2 berminat sila tinggalkan pesanan di email ini: kunor2005@yahoo.com atau tinggalkan komen di bwh.

p/s: Batu disediakan. Air sendiri sebab kena bubuh sendiri.Sedikit sahaja air yang diperlukan. Guna Bateri untuk perjalanan air terjun tersebut.

Permata Yang Dicari

       Lirik tema lagu blog : Jom nyanyi ramai2 & sama2 menghayatinya...


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
   Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
 
 
P/s:Bestnya jika ada seorang hamba Allah lelaki khususnya yg tujukan lagu ini utk empunya diri.Tapi Mampukah menjadi PERMATA itu?? Semahu-mahunya hati ingin menjadi permata itu.Insyallah jika diizinkan olehNya.Amin

Nov 10, 2010

ALHAMDULILAH

                              
Saya dapat 5A dalam UPSR?????????
 Bukan....salah....bukan saya TAPI 
                                                       
Kakak saya :-)

Ku Anis Syakirah nama diberi. 
InsyaAllah mungkin 11/11/2010 merupakan 
hari bersejarah buatnya.
Mungkin dia tengah melompat 
kegembiraan sebab dapat 5A dalam UPSR. 
Dia ni pemalas sikit tapi rajin bila disuruh sahaja. 
Rajin bergaduh dengan adik dan kakak dan abang-abang.
Tapi Alhamdulilah akhirnya tak sia-sia 
dia jadi pemalas dengan alasan untuk STUDY...
nak marah pun tak jadi.Cancel sebab 
alasan yang agak munasabah diberikan itu. 
Alhamdulilah hari ini semua itu berbalas disebabkan kerajinannya mengadap buku mengusung 
buku ke mana-mana sahaja walaupun balik kampung. 
Kejayaan ini hanya kejayaan kecil sahaja. 
Banyak lagi kejayaan yang perlu dilalui.
Dugaan dan cabaran yang mencabar 
pasti datang dalam kehidupan nanti. 
Walau berjaya macamana pun,setinggi mana pun, 
selautan mana pun berjaya, 
popular ke glamour ke.. perlu diingati..
JANGAN lupa asal usul 
yang penting jangan lupa Allah swt dan keluarga. 
Goodluck Anis!!!

Nov 1, 2010

Semakin PENGHUJUNG



Bulan November 2010 sudah datang.
Oktober telah pergi.Jadi bermulalah KEHIDUPAN yang baru.Mungkin semakin MENCABAR mungkin tidak.
Tapi jika ia mencabar itu adalah keseronokan.
Itulah HIDUP yang sebenar.Tanpa cabaran, kita akan berada di tahap sama dan tidak akan berubah. 
UJIAN & DUGAAN hanya datang daripada ALLAH swt.
Jadi mengapa kita perlu mengeluh?
Mengeluh itu tandanya kita berputus asa 
dan langsung tidak menghargai anugerah 
yang paling terindah ini.
Semoga diberi KEKUATAN & KESABARAN 
yang paling tinggi agar laluan 
untuk menjalani kehidupan sementara ini dipermudahkan.